Tuesday, May 26, 2015

Penulisan Hati




Terjaga dari tidur di tengah malam.
Bermacam benda berlegar di benak fikiran.
Mata seakan tidak mahu lelapnya.

Rindukan seseorang yang sangat dekat. 
Sangat besar pengorbanannya pada diri ini. 
Yang jika di hitung, tidak ternilai rasanya harga sebuah pengorbanannya.

Kini kian jauh membawa hati yang berduka lara entah kemana tempat berteduhnya.
Lantas jari jemari ini mengutuskan pesanan ringkas.

------------------------------



Aku mungkin seorang yang periang buat kawan-kawan yang mengenali diri ini.
Kerana aku suka melihat ukiran senyuman di wajah insan di sekelilingku.

Maaf jika aku berdiam diri.
Maaf jika aku seorang yang sukar dimengerti.
Maaf jika aku terlalu berahsia tentang hati.
Blog menjadi saksi penulisan hati.


- iesyaismail on blogger since July 2009

No comments:

Post a Comment