Monday, June 1, 2015

Dua haribulan jun











A mother love is undying love,
she's the one who's love is true,
a love beyond compare,
the one who really cares.

So many wonderful moments we have spent together,
wonderful moments i'll treasure,
that brings memories to mind.

From the core of my heart, i love you.
Selamat hari lahir ummi.

Ya Allah,,
BerikanLah kesihatan pada ibuku
PanjangkanLah umur.nya
Aku ingin membahagiakan.nya
SebeLum aku atau dia tiada.

Terima kasih ummi,
yang selalu telefon kedua puteri sulung (kak long) dan puteri bongsunya (kak ngah) di tempat kerja bertanyakan khabar, makan-minum serta kesihatan puteri nya. Terkadang bercerita perjalanan harinya. Pernah ummi telefon kak ngah pada tengah malam yang sebenarnya kak ngah sedang lena tidur di rumah.

Seronok dan tak pernah jemu kak ngah menemani ummi yang terjaga pada tengah malam masak bubur dan buat pudding sambil berkongsi cerita. Yang pada rutinnya buat santapan sang suami di kala terjaga di tengah malam.

Kak ngah sentiasa ada untuk mendakap erat ummi ketika sedih pada selang-selang malam, rindukan pada keluarga yang telah tiada. Tangan ini sentiasa ada untuk mengusap ummi ketika sedih. Telinga ini sentiasa ada untuk mendengar setiap ungkapan isi hati ummi. Bibir ini akan sentiasa mengukir sekuntum senyuman mekar tatkala menatap wajah kedua ummi dan ayah.

Hari lahir ummi biasanya kena pada cuti sekolah adik-adik. Biasanya ayah akan bawak kami jalan-jalan cuma pada tahun ini hampir kesemua tempat peranginan penuh tambahan pula kak long, kak ngah dan zaki kerja.
Jadi, malam ini kita sekeluarga makan tomyam sedap diiringi doa selamat diketuai ayah.
*sekeluarga dianggotai ayah, ummi, kak long, kak ngah, zaki, ayem dan izul.

Sekian.

Banyak yang tak dapat ditulis, diungkap dan digambarkan tetapi akan senantiasa segar di dalam ingatan dan disemat kemas di dalam hati.

Terima kasih sebab tumpangkan perut ummi untuk kami adik beradik.
Terima kasih juga sebab bertarung nyawa melahirkan kami adik beradik.

Tuesday, May 26, 2015

Wordless wednesday




Memilih untuk berdiam diri dan terus berahsia.
Tidak semua benda kita boleh bercerita sewenangnya.
Biarlah menjadi tanda tanya.

Penulisan Hati




Terjaga dari tidur di tengah malam.
Bermacam benda berlegar di benak fikiran.
Mata seakan tidak mahu lelapnya.

Rindukan seseorang yang sangat dekat. 
Sangat besar pengorbanannya pada diri ini. 
Yang jika di hitung, tidak ternilai rasanya harga sebuah pengorbanannya.

Kini kian jauh membawa hati yang berduka lara entah kemana tempat berteduhnya.
Lantas jari jemari ini mengutuskan pesanan ringkas.

------------------------------



Aku mungkin seorang yang periang buat kawan-kawan yang mengenali diri ini.
Kerana aku suka melihat ukiran senyuman di wajah insan di sekelilingku.

Maaf jika aku berdiam diri.
Maaf jika aku seorang yang sukar dimengerti.
Maaf jika aku terlalu berahsia tentang hati.
Blog menjadi saksi penulisan hati.


- iesyaismail on blogger since July 2009